BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Etnik-etnik Sabah

PENDUDUK SABAH
Di Sabah,penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang kebudayaannya yang tersendiri.Etnik di sabah terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan yang menuturkan lebih daripada 50 bahasa dan lebih 90 dielek.Antara kaum yang wujud di sabah ialah:-


ETNIK KADAZANDUSUN

Etnik Kadazandusun ini merupakan etnik yang terbesar di sabah iaitu terdiri daripada satu pertiga jumlah keseluruhan penduduk Sabah.Secara tradisi,mereka adalah petani yang menanam padi sawah dan padi huma.Namun,ada sesetengah daripada mereka juga ada menjalankan kegiatan pemburuan binatang dan menangkap ikan di sungai.Etnik ini juga terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan kecil yang lain seperti kaum Kadazan di Penampang dan Papar,Lotud,Rungus,Tempasuk,Tambunan,Ranau dan lain-lain daerah.Kesemua kumpulan kecil ini mengamalkan kepercayaan yang sama namun berbeza dari segi adat dan amalan.


KAUM MURUT

Etnik ini merupakan etnik yang ketiga terbesar di Sabah.Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan Tenggara Sabah serta di wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak.Terdapat sesetengah kaum Murut masih tinggal di dalam rumah panjang dimana ia boleh menempatkan 10 hingga 20 keluarga.Kebanyakan daripada mereka adalah petani yang bernomad, pemburu dan ada sesetengahnya menangkap ikan sungai.Kaum ini terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal,Tidung,Timugon,Sembakung,Paluan,Bookan,Kalaban dan Murut Serundung.Kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.Mereka turut mempunyai bahasanya yang tersendiri.Kebanyakan mereka sudah terdedah dengan kemodenan.

KAUM BAJAU

Kaum Bajau telah menetap di kawasan pantai Sabah sejak beberapa ratus tahun dahulu dan mereka telah diiktiraf sebagai sebahagian dari penduduk asli negeri Sabah serta antara bumiputera yang terbesar di negeri sabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di kawasan pantai barat di samping terkenal sebagai penunggang kuda. Di Pantai Timur, mereka secara tradisi adalah nelayan.Pada zaman dahulu mereka merupakan kaum yang mahir dalam aktiviti menyelam dan manangkap hasil laut sehingga digelar sebagai 'sea gypsies'.Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur adalah berbeza iaitu dari segi pertuturannya,pakaian tradisinya,adat resamnya dan budaya hidupnya.