BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 28, 2010

Amalan dan adat resam

SUKU KAUM KADAZAN

KELAHIRAN
Masyarakat Kadazan percaya ibu yang bersalin hendaklah berpantang sama ada dari segi tingkah laku mahupun makanan.Pantangan ini dilakukan bagi mengelak daripada gangguan makhluk halus.Bayi yang dilahirkan tidak dibenarkan ke ruang terdedah hingga ke hari yang ke-7.Anak yang baru dilahir diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sebenar dan nama sementara kerana dipercayai dapat mengelak Rogon Gaiyoh daripada menuntut anak tersebut

PERKAHWINAN
Urusan merisik dan pinang-meminang mesti dibuat pada waktu pagi.Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari.Pihak yangingkar akan dikenakan bayaran seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu.

KEMATIAN
Kaum kadazan percaya terdapat 'alamat'(petanda)akan mati yang di panggil Mogombiruoh.Mereka tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan lebih-lebih lagi apabila upacara pengkebumian dilakukan.Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok,ahli keluarga akan memasukkan rokok ke mulut si mati supaya si mati tidak kempunan.Suasana dalam rumah juga hendklah sunyi dan hanya pukulan gong dan gendang sahaja yang kdengaran,yakni dipalu perlahan-lahan.Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada setiap petang selama tujuh hari berturut-turut kerana dipercayai sebelum roh berpindah ke tempat lan,roh masih memerlukan makanan.


SUKU KAUM MURUT


KELAHIRAN
Masyarakat Murut tidak mempunyai sebarang adat resam dan pantang larang khususnya semasa mengandung dan bersalin.Masarakat Murut hanya mempunyai pantang larang yang diamalkan selepas bayi lahir iaitu dari segi pemberian nama.Pemberian nama perlu diberikan dengan segera.Nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan bergantung kepada keadaan sekeliling mereka.


PERKAHWINAN
Mengikut tradisi masyarakat Murut,anak-anak mereka berkahwin dalam  usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi perempuan dan 15 hingga 18 tahun untuk lelaki.Masyarakat Murut mengamalkan sistem Barian(hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup).Adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat Murut bertujuan mempastikan perempuan yang dhajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya.


KEMATIAN
Adat mengebumikan mayat dilakukan bergantung kepada punca kematian.Keluarga si mati akan memukul gong dengan pukulan tertentu.Sesiapa yang mendengar bunyi gong perlu berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sedang dijalankan.Mengikut adat,anak menantu dan ipar duai si mati perlu segera diberitahu oleh salah seorang penduduk kampung,jika tidak seluruh kampung akan didenda.Semasa pengebumian,gong akan dibunyikan di sepanjang jalan tajau mayat di hantar ke perkuburan.Tajau mayat akan dihiasi dengan manik-manik yang beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukiran indah.Makanan dan minuman tertentu akan dibawa bersama. 

SUKU KAUM BAJAU

KELAHIRAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

PERKAHWINAN
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon.Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa.Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak

KEMATIAN
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat.Selepas kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya ialah mengadakan kenduri arwah, adat megjaga-jaga dan berpantang.





maklumat lanjut boleh didapati di:-
http://malaysiana.pnm.my/01/0105sbhetnik_pengenalan.htm

0 comments: