BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 2, 2010

Pakaian Tradisional Sabah

Pakaian Tradisional Sabah
Di Sabah terdapat pelbagai suku kaum, iaitu Bajau, Lotud, Irranun, Kadazan, Murut, Rungus, dan lain-lain.Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Bajau
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagai kumpulan etnik kedua terbesar di negara bahagian Sabah.


Kadazan 
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.


Murut
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman Kalimantan. Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.








Sep 1, 2010

PERAYAAN DI SABAH

"Bulan Lima” merupakan “bulan cuti” dan “bulan keramaian” di Sabah. Sesungguhnya, banyak acara dianjurkan untuk orang ramai bergembira dan bersukaria pada bulan ini. Perayaan utama pada bulan Mei di Sabah ialah tidak lain dan tidak bukan Pesta Kaamatan. Pesta ini bermula pada setiap 1 Mei, di mana dilakukan pelancaran Pesta Kaamatan. Hari tersebut amat signifikan kerana ia merupakan hari cuti awam, sempena “Hari Buruh”.
Selepas sahaja dilancarkan maka bergemalah paluan gong di merata tempat di Sabah di mana siri perayaan Kaamatan di semua daerah, dan malah dihampir semua kampung, khusus di mana penduduk majoritinya ialah Kadazandusun.
Setiap Sabtu dan Ahad sudah habis diperuntukkan untuk sambutan perayaan tersebut. Sudah tentunya, acara kemuncak perayaan ini ialah pada 30 dan 31 Mei,yang dipanggil perayaan tadau kaamatan  yang mana telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai cuti umum. Pada dua hari inilah sambutan-sambutan kecil di kampung-kampung dan sederhana di daerah-daerah digerakkan ke arah sambutan kemuncaknya di satu pusat tertentu. Di sinilah diadakan acara sukaneka, pameran, pertunjukan tarian, pertandingan “sugandai Kaamatan” dan paluan gong yang tidak terhingga meriahnya. Perayaan Tadau Kaamatan ini di sambut selama dua hari berturut- turut bagi   melakukan upacara ‘magavau’ iaitu memuja semangat padi yang di ketuai oleh ‘bobolian’. Pada hari kedua pula diadakan pula upacara seperti ‘humabot’, ‘momolobok’ dan ‘moginakan’ sebagai tanda kesyukuran dan pemujaan suci. Selain itu tetamu turut di hiburkan dengan beberapa persembahan seperti ‘sumazau’, ‘magunatip’ sambil menikmati hidangan berasaskan beras hasil tani dan ternakan.
 Acara kemuncaknya pula ialah Pertandingan Ratu Unduk Ngadau, di mana gadis-gadis ayu dan jelita Kadazandusun dari semua daerah diketengahkan untuk diadili dari segi keayuan,kesopanan, kecerdasan dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai.Ratu “Unduk Ngadau Kaamatan”, yang mendapat inspirasi dari legenda “Huminundun” (bermaksud “yang berkorban”) akan seterusnya menjadi satu “icon” kebanggaan Negeri Sabah secara keseluruhanya. Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti, gadis Kadazandusun yang bergelar “Unduk Ngadau” ini merupakan “kombura tolundu”, gadis yang “outstanding” di kalangan ribuan gadis atau wanita Kadazandusun. Sebenarnya “Unduk Ngadau”itu berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang gadis jati Kadazandusun yang terserlah kejelitaan, keayuan, kesopanan, kecerdasan, kemuliaan, kekudusannya yang dilihat sebagai “role model” (idola) dan sumber harapan kepada komuniti Kadazandusun secara keseluruhannya. Sesungguhnya, maksud tersirat di sebalik “Unduk Ngadau” itu adalah sama signifikannya dengan gelaran “Huguan Siou” kerana kedua-duanya dilihat sebagai “icon”, idola dan sumber kekuatan masyarakat kadazandusun.
Beginilah indahnya sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun, terutamanya sejak Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.Inilah berkat kemerdekaan. Dengan kemerdekaan kini rakyat Sabah merasa selamat dan makmur, dan, dengan suasana aman-damai, mereka sudah tentunya mempunyai masa untuk menganjurkan dan merayakan acara-acara keramaian. Sudah pasti rakyat Sabah semuanya seronok dengan pesta ini yang mana turut menarik perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi juga dapat menarik ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk datang ke Sabah-Negeri di Bawah Bayu untuk menyaksikan keramaian pesta iniBerbalik kepada istilah “kaamatan”, ia sebenarnya berasal dari perkataan “omot” atau “kotu”, yang seterusnya menjadi “kaamatan” atau “kokotuan”. Sesungguhnya ia menandakan tanda kesyukuran masyarakat Kadazandusun terhadap limpahan kurnia Yang Mahakuasa terhadap hasil tuaian padi pada musim tersebut.Kaamatan ini seringkali dirujuk dan berkisar kepada acara sukaria selepas menuai padi. Ianya berkaitrapat dengan kegiatan sosio-ekonomi “agrarian” komuniti Kadazandusun yang secara tradisinya menaman padi.  

Aug 31, 2010

KRAF TANGAN DI SABAH

AHPDA
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam malysia,sabah terletak di utara pulau borneo. Gelaran negeri di bawah bayu,sabah memiliki kelebihan dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat . Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi malah kaya dengan kebudayaan dan kesenian masyarakatnya.Masyarakat majmuk di sabah membolehkan kita menikmati keunikan dan keindahan yang terdapat di sabah.Walaupun sabah kaya dengan kesenian dan kebudayaan terdapat juga perbezaan yang ketara antara satu sama lain .

BARAIT
Fungsi kraf tangan yang di miliki masyarakat asli di sabah asalnya bertujuan untuk melindungi/berteduh,menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali .
Mereka menghasilkan pelbagai jenis barangan tetapi lebih menumpukan kepada fungsi barang tersebut tidak kepada perhiasan . Benda-benda yang di hasilkan meliputi kelengkapan rumah,alat buruan,alat pertanian dan upacara ritual atau keagamaan. Penghasilan kraf tangan mereka bergantung kepada sumber alam semulajadi dan keperluan dari budaya mereka. 





Kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya mempunyai jenis-jenis  yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat ‘utilitarian’ tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.



 
Keadaan  bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan. Di daerah tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah (termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat dusun/kadazan tambunan.  Labu pahit yang terdapat di tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan dusun, walaupun ia juga ada dibuat di tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.

Aug 30, 2010

Agama dan kepercayaan di Sabah

Agama Dan Kepercayaan di Sabah

Agama merupakan satu rangkaian sistem kepercayaan dan amalan yang berkait rapat dengan kudus, yang bermaksud sesuatu yang dianggap penting dan meghasilkan penghormatan, kesucian dan kemuliaan. Sepanjang sejarah kehidupan tamadun, manusia tidak dikecualikan daripada berpegang atau menganut agama.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas Kaum Kadazan-Dusun adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Seseorang individu yang mempunyai pegangan agama yang kukuh mampu menjaga maruah dirinya, keluarga dan juga masyarakat. Nilai-nilai murni seperti amanah, sabar, bertanggungjawab, penyayang, tekun dan sebgainya dapat memupuk individu-individu menjadi insan yang bermoral.














Aug 29, 2010

MAKANAN TRADISIONAL SABAH

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum.  Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun.  Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan.
Selain perayaan, biasanya masyarakat kadazandusun yang tinggal di kampung masih mengamalkan cara makanan secara tradisional ini.  Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain yang diadakan oleh masyarakat kadazandusun.  Makanan masyarakat kadazandusun amat berbeza dari kaum-kaum yang lain yang terdapat di sabah.  Selain lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.
petagas
 Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan.  Hal ini demikian kerana, keadaan semulajadi bentuk muka buminya yang benyak membekalkan sumber pencarian makanan kepada penduduknya. 
 Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang, dan sebagainya.  Hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar.Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih daripada 30 golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.
hinava tinggi
Masyarakat kaum kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun temurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Antara makanan tradisi yang terkenal ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan , Sup Mahuk Liling dan lain-lain,disediakan dalam pelbagai cara.
amplang


Aug 28, 2010

Amalan dan adat resam

SUKU KAUM KADAZAN

KELAHIRAN
Masyarakat Kadazan percaya ibu yang bersalin hendaklah berpantang sama ada dari segi tingkah laku mahupun makanan.Pantangan ini dilakukan bagi mengelak daripada gangguan makhluk halus.Bayi yang dilahirkan tidak dibenarkan ke ruang terdedah hingga ke hari yang ke-7.Anak yang baru dilahir diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sebenar dan nama sementara kerana dipercayai dapat mengelak Rogon Gaiyoh daripada menuntut anak tersebut

PERKAHWINAN
Urusan merisik dan pinang-meminang mesti dibuat pada waktu pagi.Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari.Pihak yangingkar akan dikenakan bayaran seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu.

KEMATIAN
Kaum kadazan percaya terdapat 'alamat'(petanda)akan mati yang di panggil Mogombiruoh.Mereka tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan lebih-lebih lagi apabila upacara pengkebumian dilakukan.Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok,ahli keluarga akan memasukkan rokok ke mulut si mati supaya si mati tidak kempunan.Suasana dalam rumah juga hendklah sunyi dan hanya pukulan gong dan gendang sahaja yang kdengaran,yakni dipalu perlahan-lahan.Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada setiap petang selama tujuh hari berturut-turut kerana dipercayai sebelum roh berpindah ke tempat lan,roh masih memerlukan makanan.


SUKU KAUM MURUT


KELAHIRAN
Masyarakat Murut tidak mempunyai sebarang adat resam dan pantang larang khususnya semasa mengandung dan bersalin.Masarakat Murut hanya mempunyai pantang larang yang diamalkan selepas bayi lahir iaitu dari segi pemberian nama.Pemberian nama perlu diberikan dengan segera.Nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan bergantung kepada keadaan sekeliling mereka.


PERKAHWINAN
Mengikut tradisi masyarakat Murut,anak-anak mereka berkahwin dalam  usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi perempuan dan 15 hingga 18 tahun untuk lelaki.Masyarakat Murut mengamalkan sistem Barian(hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup).Adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat Murut bertujuan mempastikan perempuan yang dhajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya.


KEMATIAN
Adat mengebumikan mayat dilakukan bergantung kepada punca kematian.Keluarga si mati akan memukul gong dengan pukulan tertentu.Sesiapa yang mendengar bunyi gong perlu berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sedang dijalankan.Mengikut adat,anak menantu dan ipar duai si mati perlu segera diberitahu oleh salah seorang penduduk kampung,jika tidak seluruh kampung akan didenda.Semasa pengebumian,gong akan dibunyikan di sepanjang jalan tajau mayat di hantar ke perkuburan.Tajau mayat akan dihiasi dengan manik-manik yang beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukiran indah.Makanan dan minuman tertentu akan dibawa bersama. 

SUKU KAUM BAJAU

KELAHIRAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

PERKAHWINAN
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon.Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa.Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak

KEMATIAN
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat.Selepas kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya ialah mengadakan kenduri arwah, adat megjaga-jaga dan berpantang.





maklumat lanjut boleh didapati di:-
http://malaysiana.pnm.my/01/0105sbhetnik_pengenalan.htm

Aug 26, 2010

SEJARAH SABAH

  Pada waktu sebelum abad ke-6, Sabah,Brunei dan sarawak adalah di  bawah  pentadbiran kerajaan Brunei  di mana wilayah  ini  dikuasai  oleh  kuasa  besar  iaitu  Srivijaya di  Sumatra  dan  kemudian  Majapahit  di  Jawa. Pada  abad ke-15, empayar  Melaka   di  bawah  pemerintahan  Parameswara  telah  mengambil  alih  perdagangan   dan  penyebaran  agama islam juga semakin  aktif  oleh  para  pedagang  di  Brunei  iaitu  pada akhir  abad  ke-15. Namun  begitu  pada  tahun  1511  sultan  Brunei  telah  mengambil  alih  kepimpinan  islam  di Melaka kerana   kejatuhan  Melaka ke  tangan  Portugis  pada  tahun  tersebut.  Semasa  pemerintahan  Sultan  Bolkiah, kerajaan  Brunei  telah  meluaskan  pengaruh  nya  ke  Utara  sehingga  ke  Lazon  dan  Sulu  serta  di  bahagian selatan  dan  barat  Borneo. Pendatang  asing  yang  berurusan  di  Borneo  Utara (sabah) tidak  meninggalkan   sebarang  rekod  bertulis  dan begitu  juga  dengan  penduduk  di  sana  melainkan  melainkan  sejarah  dan  tradisi  lisan  mereka.
    

 Rekod  sejarah  Brunei  telah  menunjukkan  bahawa  terdapat  penempatan orang-orang  cina  di  kawasan  kinabatangan  pada  sekitar  tahun  600 M  bagi  tujuan  menjalankan perdagangan  dan  diplomatik  dengan  Borneo  Utara. Sebagai  buktinya  penemuan bukti-bukti arkeologi iaitu seramik  di   Borneo  Utara  di  mana  menunjukkan  berlakunya  kegiatan  perdagangan  melalui  sistem  barter  iaitu  pertukaran  barang  antara  seramik iaitu  barang dagangan cina  dan  rempah  ratus.  Namun  begitu  pada  abad  ke-16,  Borneo  Utara  tiada  pemerintahan  beraja  menyebabkan  sistem  pemerintahan  terbahagi  kepada  3  bahagian  iaitu  politik  kesukuan,  politik  kesultanan dan  juga  politik  ketua  bebas.  Pada  abad  ke-17, borneo  utara  telah  dikuasai  oleh  Kesultanan  Brunei. Pada waktu  itu  Brunei  dilanda  perebutan kuasa  dari  tahun  1662. Sultan Muhyiddin  telah  menyerahkan  kawasan  Timur  laut  Sabah  kepada  Sultan Sulu  dan  akibatnya  Sabah  di  perintah  oleh  2 kuasa  iaitu  Kesultanan  Brunei  dan  Kesultanan Sulu.


    Pada tahun 1881   kerajaan  Sabah  telah  ditadbir  oleh  SBUB(syarikat  berpiagam Borneo  Utara) dan menjadi negeri  naungan  british  pada tahun  1888 namun hal  ehwal  dalam  negeri  masih  diselaraskan oleh syarikat . Namun  begitu  pada 19 julai 1946, Sabah telah  diletakkan sepenuhnya di  bawah  jajahan  British  kerana  SBUB  tidak  mampu  membina  semula  kemusnahan  Sabah selepas  perang  dunia  ke-2.  Sandakan telah mengalami  kemusnahan yang teruk  dan  menyebabkan Jesselton (sekarang di kenali Kota Kinabalu) telah  di jadikan  ibu  negeri  baru  bagi Sabah. pemerintahan  syarikat  tamat pada  1946  dan  Sabah menjadi  tanah  jajahan Borneo  Utara  sehigga lah  penyertaannya  dalam  persekutuan  Malaysia  pada  16 september 1963  bersama Singapura dan juga Sarawak. Kota  kinabalu  secara  rasminya  menjadi  ibu  negeri  Sabah yang  terletak  di  residensi  Pantai  Barat Sabah.

PERSIDANGAN GOL.INTELEKTUAL


JABATAN BENDAHARI SABAH


KABINET SABAH PERTAMA


Aug 25, 2010

LAGENDA DI SABAH

                                                        AYAM DAN MUSANG

Pada suatu hari,ada seekor ayam sedang bertelur di sebalik rimbunan lalang.Hampir beberapa lama ia bertelur dan akhirnya selesai bertelur sebanyak tujuh biji kesemuanya.Tiada apa yang mengganggunya dari mula bertelur hingga kini mulai mengeram.Hanya beberapa hari dia mengeram,maka telur-telurnya mula menetas.

     Semasa sedang mengeram telur,ada seekor musang yang sedang lapar kerana sudah lama tidak mendapat makanan.Musang itu merayau-rayau mencari makanan malangnya tiada apa yang dijumpainya.Tiba-tiba dia ternampak tempat ayam bertelur di sebalik rimbunan lalang.Si Musang berkata,"Eh,biarlah aku pergi melihat kalau ada apa-apa di situ."Si Musang berjalan dan apabila dia sampai disitu,dia ternampak ada seekor ayam sedang mengeram,sebab baru ada tiga biji telurnya yang telah menetas.Si Musang pun berkata,"Hai,engkau ada di sini pula.Berapa telurmu?

     Jawab Si Ayam,"Ada tujuh biji kesemuanya tetapi janganlah makan aku dahulu kerana telurku belum habis menetas.Nanti engkau tidak akan kenyang."Jadi Si Musang pun bertanya,"Jika begitu bilakah habis menetas kesemuanya?"

     Si Ayam berkata,"Lama lagi sebab baru satu sahaja yang sudah menetas sekarang,"Padahal sudah tiga telurnya menetas."Tunggulah enam hari lagi.Engkau datanglah ke sini semula pada hari ketujuh,tentu semuanya akan menetas."

     "Baiklah,"kata Si Musang.Si Musang betul-betul mahumakan kerana dia sudah lapar.Semenjak hari itu,tiap-tiap hari dia pergi memeriksa Si Ayam.Pada hari yang kelima,kesemua telur ayam telah menetas.Tetapi,Si Ayam masih belum dapat meninggalkan tempatnya kerana anak-anaknya masih belum pandai berjalan.Kini ada satu hari lagi.Pada hari yang dinanti,Si Ayam pergi mengambil duri untuk diletakkan di tempat mengeram,dan hari itu jugalah ia pergi bersama-sama anak-anaknya lari pulang kepada empunya.

     Hari yang ketujuh pun tiba,dan Si Musang pun datang.Sangka Si Musang,ayam itu masih berada di sana.Apabila sudah sampai di tempat Si Ayam bertelur,dengan pantas dia melompat ke bekas sarang Si Ayam.Wah!Apa lagi seluruh badannya habis terkena duri.Dia tidak dapat makan ayam tesebut.Akhirnya,Si Musang itupun mati akibat tercucuk duri.

PELANDUK DAN PEMUDA

Pada zaman dahulu,ada seorang pemuda pergi menjerat.Si Pemuda itu membuat banyak jerat.Apabila Si Pemuda siap membuat,dia memasang jerat tersebut dan pulang ke rumah.

     Pada keesokan harinya,Si Pemuda pergi semula untuk melihat jeratnya.Apabila dia sampai di sana,dia melihat tidak ada seekor binatang yang masuk ke dalam jeratnya itu.Tetapi,terdapat seekor pelanduk di dalam jeratnya yang berada di tengah.Lalu,Si Pemuda mengambil pelanduk tetapi ia belum mati.Si Pemuda melipat kaki pelanduk itu,tetapi Si Pelanduk berkata,"Eh Pemuda,aku tidak mati kalau begitu.Jangan lipat kaki aku begitu,lipatlah begini,barulah aku mati,"katanya sambil membalikkan kakinya.Lalu Si Pemuda pun membalikkan kaki Si Pelanduk dan Si Pelanduk pun puru-pura mati.Pada sangkaan Si Pemuda itu,Si Pelanduk betul-betul sudah mati.Selepas dibalikkan kaki Si Pelanduk,Pemuda itu memasukkan pelanduk itu ke dalam bakul.

     Oleh kerana masih banyak lagi jerat yang belum dilihatnya,Si Pemuda meninggalkan bakul bersama-sama dengan Si Pelanduk di tempat itu lalu berjalan untuk pergi melihat jerat yang lain.Apalagi,mudah sahaja Si Pelanduk melarikan diri.Tidak ada lagi yang masuk jeratnya selain daripada Si Pelanduk.Sewaktu Pemuda kembali ke tempat dia meninggalkan Si Pelanduk tadi didapati Si Pelanduk sudah lari.Oleh itu,Si Pemuda tersebut pulang dengan tangan kosong.